5
Komen

Setelah Sekian Lama Menyepi


Salam sejahtera. Boleh dikatakan agak lama juga pakjoe tidak update blog dan tidak balas komen. Biasalah, dunia blogging ni ada pasang surutnya, ada waktu semangat dan tak kurang juga boleh hilang semangat. Untuk mengembalikan semangat tu kadang-kadang memang agak sukar atau mungkin ianya bergantung kepada sesetengah individu bagaimana untuk mengatasi masalah semangat yang hilang. Adakah korang pernah mengalami situasi sebegini?

sekian lama menyepi

Bagi pakjoe sendiri, untuk mendapatkan semula semangat yang hilang tu macam agak sukar. Sebab itu agak lama aku tidak update blog. Tapi tidak bermakna pakjoe terus lupa pada blog. Cuma ianya memerlukan satu tindakan untuk mula menulis. Tapikan, bila dah lama tak menulis, rasa macam janggal pula.
Selama sebulan lebih tak update tuto dan movie, pakjoe banyak melawat blog para blogger yang lain. Tinggalkan komen pun bila perlu dan selebihnya hanya menjadi silent reader. Memang mantap dia orang ni sebab rajin update blog. Kalau nak sebut nama blogger tu memang banyak sangatlah, jadi buat blogger yang terasa dirinya disebut, tahniah buat korang.
Setelah lama menyepi, pakjoe juga ada perancangan berkenaan skop penulisan untuk blog ini. Mungkin nanti pakjoe akan kecilkan skop penulisan tu lebih kepada apa yang dah pakjoe lalui, pandangan dan pendapat pakjoe, tips blogging yang tak seberapa dari pakjoe, dan mungkin tips SEO dan Pagerank ataupun jika ada isu semasa yang menarik, mungkin akan diselitkan juga.Moga dimurahkan rezeki OlehNya.
Kalau dilihat, entry berbentuk tips dan tutorial memang sudah banyak blogger lain buat, tapi pakjoe kongsi berdasarkan pengalaman pakjoe. Moga aku diberi kekuatan dan semangat OlehNya untuk terus berkongsi.
Entry berbentuk hiburan mungkin pakjoe akan update lg best dan menarikdekat blog ini? Moga aku diberi kekuatan untuk memulakannya.
Kembali biasakan diri untuk menulis. Rasa kekok pula

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

5 00 dh komen korong bla lg nk komen:

Anonymous said...

Samalah. Sekarang ni dah main kurang publish entry.. Huhu..

Sarina said...

Salam..jangan cepat putus semangat...pak joe boleh!!!!..hehe

Unknown said...

biasa la tu pakjoe...smgt yg hilang tu berlaku dalam semua jenis keadaan dan bidang...dia dah macam satu tembok yg besar...

lain org lain caranya nak mengatasi tembok tersebut...ada yg boleh lepas dan ada jugak yg tukar haluan...

all the best pakjoe...

EmpayarUtama said...

Semangat memang ada, masa yang tak ada hehe

Fatimah Nabila said...

owke pak joe..he3..